"Jangan kecewa, jika doa tidak dikabulkan..kerana setiap doa adalah ibadah...dan Allah pasti membalasnya"..dan kena ingat juga kerana " ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang2 kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita "
27 November 2013
14 November 2013
26 September 2013
:: Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu! ::
"Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.
Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
Samb: sambungan
dipetik dari sini
:: JGN MINUM BERDIRI ::
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: “Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri”. Qatadah berkata, “Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk.”
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari)
Sumber: pemudacheh.blogspot.com
22 September 2013
:: Reunion Matrik D, SESUMOJI 1993/94 di Taman Tunku Jaafar, N9 ::
Venue: Taman Tunku Jaafar, Rumah Ijan
Masa : Lepas Asaq..
Date : 21 September 2013
Alhamdulillah dengan keizinanNya, dapat kami berkumpul buat julung kali untuk kelas Matrik D, Sek.Sultan Mohammad Jiwa, Sungai Petani batch 93/94 .Last minit rancang...boleh jumpa jugak kengkawan yg sudah hampir 17 atau 18 tahun tak ketemui...
Terima kaseh kepada sapa yg sudi anjur dan terima kasih kepada tuan rumah..norizan mat johal aka ijan kerana sudi menjadi host kali nie...barakallah untuk anda da keluarga anda..terima kaseh tak terhingga kepada suami tuan rumah kerana bg keizinan utk kami berkumpul dan berborak sampai gelak kuat-kuat..tambah tambah dari mamat k.ei tu.Dipendekan cerita jumlah yg hadir memuaskan kerana ada yg jauh sudi datang sampai kena sewa hotel...ada yg last minit kansel kerana ada komitmen lain..takpa lain tahun..lain waktu kita buat lagi...
Terima kaseh tak tertingga kepada kengkawan yg sudi hadir..untuk perjumpaan kali ini..antara yg hadir adalah...Abg Long kita( Doc. Mohd Rahim dan keluarga..wife dan 2 org anak), en. Edlan dan keluarga(wife dan 3 org anak kot..), Puan Sarawahida(Sara) bersama suami(hasrol dan 4 orang anak), En.Saber bersama family(wife dan ala lupa pulak berapa org anak), Doc.Rosliza(liza) dan suami serta Mohd Khairi dan 3 org hero-heronya...dan tuan rumah..Ijan dengan suami dan anak2nya..
Jamuan toksah duk habaq ler...makan sampai buncit..penuh perut....majlis habis sampai tgh malam...tapi aku balik jam 9.00 malam...sbb anak-anak dah lena n mengantuk sangat...
ada umur kita jumpa lagi...
terima kaseh tak terhingga utk Saber terutamanya sbb dari Abu Dhabi turun mai ...doc Rahim sanggup turun mai dari Rompin...edlan..dari shah alam..sara dari kelang, dan doc.liza dari KL..aku paling jauh dari Nilai...
buah kurma dari pokok di belakang rumah Saber..kawan kami yg kejer kat Timur Tengah sana tu..
ketam bakaq.yg memang sedappppppp
ikan bakaq sedap....
dari kiri : Saber yg kejer kat Timur Tengah , Abg long...di Rompin dan Edlan dari Shah Alam..
HAsrol org kuat utk laksanakan menu2, dan suami doc liza..
dari kiri: doc.Mohd Rahim, Edlan, Saber, Sarawahida, dan isteri Doc Rahim...dokter jugak...
jagung bakaq...
ini sotong goreng tepung..sedap bangattttt...dengar kata nak buat sotong goreng tepung sampai ada org tu kena percikan minyakk...bnyk sabar noe..
docter liza dan suami
tetamu cilik....20 tahun lagi hang buat reunion pulok noe...
aku dan sara
aku dan edlan
aku dan abg long
hasrol
anak2 hasrol dan sara
kami semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)