01 July 2011

The Lost World of Tambun 25_26 June 2011

Cerita kali ini mengenai pengalaman ke Lost World of Tambun...Kalau tidak join family day nie..toksah duk harapler aku nak mai tempat ini.Kesempatan ini digunakan utk tengok apa yg ada di Lost World ini dan di Ipoh dan Tambun amnya..


Kami bertolak dari rumah jam 1 tengahari , memandangkan anak sulung ada Khemah Ibadat kat sekolah dia..dari jam 8am sehingga jam 11am. Lepas ambil abid, balik rumah, makan dan siapkan semua alatan dan kemas pakaian.Padahal pakaian dah pun disiapkan oleh wife waktu mlm sebelum itu lagi. Kami sampai di Ipoh pada jam 3.30 petang. Biasalah anak 3 orang, so bnyk hentian nak kena berhenti.Lupa nak bagi tahu kali ni menginap di Heritage kat Ipoh tu. Nak ke Ipoh mesti susur keluar kat Exit 138, tol dlm rm 25++ ringgit dari Rawang Selatan.nak ker Heritage Hotel, lepas bayaq tol, jumpa traffic light pastu ambil kanan side. Terus aja sampai nampak Hotel yg tinggi tu. Menginap kat hotel ni pon bukan ada apa pun...mahal...ler..tapi sbb dapat rate rendah , so kami bedalllah..

Jam 4pm lebih mentua(mak dan abah) sampai..depa bertolak dari Tepen, nak ke Ipoh 45 minit aja..


Hotel dapat Deluxe Room, boleh ler mak abah mai lepak sini..sebenarnya, mak abah nak jumpa 3 org cucu2nya ini..bukan main heppi, abid, amal dan muhammad.

Lupa nak bagi tahu, petang sabtu tu, lepas check in, kami ronda arae Tambun, arae family day nak dilangsungkan keesokkan harinya. Lepak kat Giant kat Sunway City. Mlm tak ada apa aktiviti sngt. Anak2 lena awai.
Pagi 26 hb, bfast kat hotel, abah n kami sekeluarga join bfast. pastu terus check out menuju ke Tambun utk Family Day. Family day start jam 8am utk pendaftaran. rasanya seribu orang lebih kakitangan yang hadir...penuh taman tema itu.

1st time masuk taman tema...bab makan jangan pikir, gerai bnyk, siap duit aja..bab mainan jgn susah hati., siap duit jugak...tapi kalau nak permainan yg adventure tak perlu siap duit..sbb segalanya free. Dlm taman tema ada bnyk tempat yg boleh dilawati dan dirasai.. ini linknya

Kami bertolak balik jam 1 tgh hari lebih..solat zohor n asar kat tempat rehat elimina, kat guthrie coridor tu..sampai rumah jam 3.30 rasanya...letih , penat...anyway..anak2 heppi..ibunya yg paling heppi rasanya...ha..ha..


p/s : tengkiu bebaanyak kepada tokey kamera...En harman