20 June 2011

:: Cameron Highland_18 - 19 JUNE 2011 ::

Sekadar catatan pengalaman ke Cameron Highland pada 18 dan 19 hb Jun yang lepas. Family aku sahaja,iaitu seorang isteri dan 3 orang anak-anak. Bertolak dari rumah jam 430 pagi. Solat Subuh jam 6am di R&R Rawang, ada dekat sejam berada disana, yelah, makan dan minum kopi. Anak2 tidur dalam kereta. Kami ke Cameron melalui Simpang Pulai, plan nak naik di Tapah, memandangkan ini pertama kali ke Cameron, so tak nak ambil risiko apa2 ler...org kata jalan melalui Tapah tu bengkang bengkok sikit. Dari rumah aku ke Simpang Pulai ada dekat2 228KM, nak ke Taiping pun baru 317Km, hik2,so kalau nak ke Cameron lagi baik mai dari Taiping aja.
Sampai di Kg Raja ada dekat2 jam 1030 pm kot, dan sampai di KEA FARM jam 1115 am kot. Kami bertolak awal sebab taknak membuang masa, so walaupun checkin jam 2pm, tapi dah puas ronda.



Ini di R&R ,Tapah, sekitar jam 8pagi rasanya, anak-anak semua mandi kat sinilah.Lepas mandi inilah hasilnya..Alhamdulillah anak2 tak meragam.



Ini di KEA FARM, tempat pertama yang kami berhenti kereta. Lama juga kat sini, ini sedikit tips, kalau pergi 2 hari satu malam, kat kea farm nie pon dah boleh beli. tak perlu nak tunggu pasar malam brincang. bukan apa, sbb hari ahad ramai org nanti dan jalan akan jem sikit. takut melepas tak sempat beli apa2. di kea farm,kami beli starberri ler utk makan -makan. dan jagung manis rebus, kuih muih dan sedikit sayuran.Lupa nak bagi tahu jarak antara Brincang dengan Tanah rata tak jauh ler..jadik jgn bimbang. Lagi satu Petrol pam(PETRONAS dan SHELL )ada kat pekan Brincang.


Ini di Cactus Point, selepas melawat dan membeli di Kea Farm. Anak number 1 nak benih jagung manis, so beli ler sikit. Disini bnyk pokok cactus dari yg besaq sampai ler yang kecil. Anak number 2 asyik nak ambil gambar aja...aduss..penin kepala den...berebut kamera dgn ayah dia..

Ini di Healthy Farm, masa ni jam 1 tengahari.Pekena starberri dulu. Anak-anak terpegun jugak tengok pokok starberrri. So apa lagi sini kita orang makan straberri coklat dan aiscream.

ini gambaran dlm apartment. Cukuplah rm85 hinggit. Apartment di Tanah Rata, tak jauh dari Mardi dan Hopsital. Aircond sudah tentu tak ada sebb di Cameron kan sejuk...
Ini di Bharat Tea Plantation. Beli tea kat sinilah. anak sulung nak pi tengok ladang tea pulak...adoii....lenguh kaki. Anak sulung nak ambil pengalaman pegang pokok teh...hik2...macam nie ker ayah pokok teh, tanya abid?

ini di Pasar Malam Brincang. Aku dan Anak sulung aja yg turun kereta, ibu dan 2 anak lagi duduk dlm kereta kerana anak number 2 dan 3 sedang nyeyak lena.

Lupa nak bagi tahu, Di Tanah Rata bnyk kedai makan so jgn ler bimbang. Hari kedua kami breakfast kat kedai di Tanah Rata, tak jauh dari apartment kami menginap.

Lepas bfast kami ker MARDI, so jgn lupa, kalau ke CH pergilah melawat MARDI sbb bnyk gambar boleh disnap disana...kami punya kamera dah sampai ajal..sedih....

kami bertolak balik jam 1 tengahari, sebelum balik singgah lagi di KEA FARM, beli apa yg patut...hik..hikkk

sampai ketemu lagi....