19 June 2008

:: Kedah Akan Menyusul ::


Baguih ler gambar nie...kelate dah mula...sempena 100 hari pemerintahan PAS KEDAH...Kedah pon akan menyusul..i'allah Ustaz Azizan (MB)tu berpandangan jauh ....
i'allah moga allah pelihara kesejahteraannya, kesihatannya supaya dipermudahkan untuk dia memerintah kedah nie...


12 June 2008

:: Makan apa saja bayar Rm 2 ::

KEKAL RM2... Khalid Ahmad (berdiri) melayan pelanggannya menikmati nasi dan pelbagai lauk di Kedai Makan RM2 miliknya yang terletak berhampiran dengan Terminal Feri Kuala Kedah, Kedah, semalam.

ALOR STAR 11 Jun – Pada saat kebanyakan peniaga makanan di seluruh negara ghairah menaikkan harga jualan masing-masing ekoran kenaikan harga minyak, pemilik sebuah kedai makan di Kuala Kedah dekat sini masih mengekalkan kadar bayaran RM2 untuk apa juga hidangan termasuk minuman.
Percaya atau tidak, itulah harga yang dikenakan oleh pemilik Kedai Makan RM2, Khalid Ahmad, 41, sejak memulakan perniagaan makanan kira-kira 20 tahun lalu.
Untuk satu hidangan, pelanggan boleh mengambil nasi putih bersama lauk seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.
Harga RM2 untuk makanan itu juga termasuk minuman tanpa mengira ia sirap bandung, teh ais atau minuman panas.
Paling membanggakan, kedai makan milik Khalid itu yang terletak dekat jeti feri ke pulau peranginan Langkawi masih mampu menawarkan pelbagai pilihan minuman dan lauk-pauk yang menyelerakan.
“Saya tidak mahu mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang dengan menaikkan harga makanan kerana mahu mengekalkan pelanggan setia.
“Apatah lagi kebanyakan mereka terdiri daripada nelayan yang berpendapatan rendah termasuk rakan-rakan saya sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Khalid memulakan perniagaannya seawal pukul 6 pagi kerana pada masa itu nelayan mula turun ke laut. Kedai itu hanya ditutup selepas pukul 5 petang.
Katanya, selain nasi dengan beraneka jenis lauk antaranya ayam goreng, kari ikan, udang kunyit dan daging kicap, kedainya turut menjual laksa, bihun sup, mi sup dan kuetiau sup, juga pada harga RM2.
“Ada juga pengunjung yang datang dari luar Kedah seperti dari Kuala Lumpur terkejut ketika mahu membayar harga makanan di sini.
“Mereka mahu membayar lebih kerana tidak percaya dengan harga yang ditawarkan,” ujarnya.
Khalid yang mendapat bekalan bahan mentah ikan dan hasil laut lain daripada nelayan di sini turut membeli barang keperluan dari pasar tani berhampiran.
“Saat paling sibuk ialah pada waktu makan tengah hari apabila pekerja dari pejabat agensi kerajaan berhampiran datang menjamu selera,’’ katanya yang dibantu oleh isteri dan lima pekerja.
Menurut Khalid, selain berniaga di kedai itu beliau juga menerima tempahan makanan dari kilang-kilang berhampiran dan hanya mengenakan caj pengangkutan tambahan sebanyak 50 sen.
Beliau memberitahu, sehingga hari ini beliau belum berfikir untuk menaikkan harga makanan di kedainya kerana merasakan masih mampu meraih keuntungan.
“Makanlah apa sahaja, harganya tetap RM2 untuk seorang pelanggan,” katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

09 June 2008

:: Baju Euro 2008 ::

salam semua...
petang smlm aku ke satu kedai spare part beli perkakasan utk servis keter...rasa agak murah dikedai ni...thats why beli di sini aja...3 , 4 hari lepas survey harga...

1.beli minyak enjin castrol magnetac...dulu harga rm 68, pastu naik ke 72, ke 76 last sekali aku beli 2 bulan lepas rm 78..tup22 harini dah rm 82..mahu tak mahu kena beli jugak..bolehlah pi 8000 km...ni pon dah 8100 km..so takut jugak lah...

2.beli oil filter...rm 8
3 beli air filter rm 6
4. minyak gear rm 14(1 liter)
5. beli power window punya switch...aku beli kat salak..rm 35..aku beli kat sini rm 18 aja...apa lagi angkatlah....suis power window aku jenis proton saga lmst so berbeza sikit dengan iswara lama..iswara lama punya suis murah aja..rm 12 kot..
6. beli spark plug - 4 biji...

maybe sabtu nie kot hantaq servis..sebelah petang ler..

aku dapat hadiah jersi euro 2008...penaja bersama castrol ..kaler putih...nasib baik muat ngan aku...dan memang cantekkk....

06 June 2008

:: Kolam Burma ::

nama pon burma....tapi kalau ditukar dlm english jadik burmese pool,,,kat taman tasik ler mana lagi/....
amacam..kalau kelik tepen..aku mesti pi mandi kat situ...air sejuk giler...kalau nak pi pi sebeah pagi sbb org tak ramai..masalahnya..air ler sejuk sngt....
aku lebih suka pergi area jam 10pagi...
baru2 nie sempena cuti sekolah,,aku kelik tepen 2 hari ...apalagi...mandi ler...





05 June 2008

:: suk sabai ::

di enstek ni sudah ada traditional thai massage..jemputlah mai..


:: Selamat Hari Guru ::

salam semua....harinie baru ada kelapangan sikit..tengok dlm kamera aku ada beberapa keping lagi gambaq yg tak diuploadkan ke pc...

so rasanya tak terlambat lagi aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 di malaya ni...moga jasa kalian akan diberkati dan dilimpahi rahmat dari Tuhan sekalian Alam...dan kepada guru2 ku yg masih ada sekarang ini...ataupun yg sudah tiada..(al fatihah)..jasa kalian akan ku kenang sehingga akhir hayat ku...


teringat aku kepada guru2 ku.
1. di sekolah kebangsaan ayer puteh , pendang...
aku masih terinagt nama2 cikgu norhasmah, cikgu sharifah zawiyah syed lawi, cikgu jamaludin ahmad, cikgu razak desa, cikgu razak (bekas guru besaq tahun 1987), cikgu othman..cikgu othman ni ajar sains awalan...chegei..tapi baik...tulisan dia cantek sngt.., cikgu mahmud, cikgu salleh, cikgu siti noor(ajar aku darjah 2 kuning) ..aku masih ingat masa dia ajar spelling..kalau salah satu huruf...kena rotan kat tangan/ujung jari.., ustazah khodijah, ustazah rokiah(ustazah ni chegei...tapi baik...ajaq mengaji..cikgu zamri, cikgu hamid(allahyarham)...cikgu nie ajar aku matematik masa darjah 4kuning..matapelajaran nie..tiap2 hari ada...cikgu hamid nie chegei secengei2nya...kerana chegeinya lah aku boleh matematik...bermula dari campor pecahan..sampai lani...al fatihah utk beliau..
dan lain2 lagi....masa darjah 5 aku amik peperiksaan penialaian darjah 5...aku dapat 2a 3b aja...
masa darjah 6..aku mewakili daerah padang terap pendang....lari 4x400 meter...lawan kat stadium..dibawah seliaan cikgu jamaludin ahmad(org kokbah)

tingkatan 1 hingga 3, disekolah menengah padang pusing...
cikgu. mad lazim, cikgu manap(warden asrama), cikgu ibrahim, cikgu ramlah, cikgu ishak khadir, ustaz mokhtar, ustaz zubir, ustaz shaari, cikgu sofi..cikgu sobiyah(org kg pulai)

tingkatan 4 dan 5 di sek.menengah teknik aloq staq
cikgu tan hong song, cikgu lee (ajar add mate), mrs lim, ustaz md akhir, cikgu zulkhori, cikgu shaarin, cikgu ...ala lupa pulak yg ajar modern mate tu..miss kong goon lai..cikgu nie baik sngt ngan aku..dia ajar biologi....aku dapat 3 ooo..jgn main...cikgu yg ajar kimia..kami panggil pak sheik..org johor...dia ajar kimia best giler...ilmu dia ada lagi kat aku nie...

matrik 1 di sek.mat jiwa sg petani

cikgu zaini, cikgu sabri, cikgu rushdi cikgu mad hassan dan sebagainya

dan matrik 2..di usm penang..aduss..aku dah lupa pulak...
cikgu zaki..ajar mate..dia org kelate..rasanya lani buat phd kot kat ukm

terima kasih tak terhingga buat kalian semua...moga allah membalas jasa kalian..

dalam pada tu..aku jugak nak habaq mai..famili aku pun semua nya cikgu...kik..kikkk

kakak yg sulung...ada degree dari uum..hubby dia cikgu jugak..lani dah dekat nak habis degree dari usm..esok lusa abis lah tu...depa dulu semua keluar maktab..hasil galakan aku...dan aku yg pertama dlm keluarga ada degree...semua pakat buat degree...alhamdulillah..

abg yg pertama..abg din...cikgu, mengajar di kelate...wife dia ore kelate., cikgu jugak..i'aalh dgr kata nak meyambung pengajian jugak ..

abg y gkedua, abg yen..sekarang tengah nak habiskan tesl...cikgu jugak..mengajar kat ganu...wife dia ...cikgu jugak...degree dlm tesl..

aku...aku tak jadik cikgu...aku interview kpli 3 kali...semua tak dapat...salah sorang interviewver tu kata aku tak ada talent nak jadk guru...aku siap gaduh ngan dia lagi...sbb aku kata sepetutnya saya diberi kredit sbb saya punya famili semua guru...takpa...aku jadik org komputer..

aku punya wife..org komputer gak...uitm..

adek aku...kik..kik..jugak tak jadik cikgu...dia jadik pegawai kerajaan yg beruniform...kik..kikk
wife dia sekarang suri rumah..i'allah sehari dua lagi kerja kot... wife dia graduated dari um..

adek aku...ustazah...kawin pon ngan ustaz..depa graduated dari um...power tu..