06 August 2007

Lama tak bertemu!!!!

Lama tak bertemu, dah lama aku tak coret kat sini, bila aku bukak balik laman web nie…still ada lagi…sayang pulak kalau nak biarkan or dihapuskan, so sudah hampir 9 bulan aku biarkan ia …kini aku mula menulis kembali. Penceritaan adalah berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan perkara2 yang penting berlaku sekitar kehidupan aku..

Aku masih mempunyai seorang anak lagi, dan menjangkau 3 tahun usianya(tanggal sekarang 3hb ogos 2007) maksudnya anak aku sudah 2 tahun 9 bulan 23 hari. Mungkin ada hikmah disebaliknya, mungkin kot, pertama aku agak bizi denga kejer opis ada 3 projek aku kena siapkan..tapi org lain pon bizi jugak kan…tapi anak ramai jugak.....bisik hati kecik ku…takpalah..dlm pada tu aku menyambung pengajian ku dalam ijazah sarjana di UKM, I’allah dah nak masuk sem 4 bulan 9 nie tinggal satu sem aja lagi…”Ya Allah, murahkan rezeki ku dan anugerahkan aku ilmu yang bermanafaat”
Sibuk memnag lah sibuk…dan kadang2 pening jugak kepala..yelah..kejer opis n essayment yg banyk…wife aku pun turut serta sekali dalam kelas sarjana ini…aku yg ajak dia ..utk “back up” masa kedepan nanti.
Lupa pulak nak bg tahu…abg aku yg jadik cikgu pun turut sama buat ijazah pertama di Open U, wife dia baru aja konvo dalam TESL di Open U jugak. Abg ipar aku sambung belajar di USM, tahun depan graduate. Adek aku yg tgh buat master, tunggu nak habiskan tesis aja..tak sempat katanya…tapi lani dia dlm Jqaf ..jadik ustazah kat sekolah yg tak jauh dari umah aku jugak .nunn di Pendang sana. Kakak aku sefamili tidak lagi duduk di Langkawi tapi dah bertukar ke Pendang, sekolah tak jauh dari umah, Kakak aku duk nagn ayah aku dan adek pompuan aku.
Adek lelaki aku, still dengan kerja dia sebagai pegawai polis..
I’allah ujung tahun nie kawin kot. Adek pompuan aku…kalau takder aral melintang..ujung tahun depan pulak….

Ayah aku kat kg. ada tambah sikit umah ..yelah..bilangan cucu2 dia bertambah.dan bilangan ahli keluarga pun semakin bertambah.

Allhamdulillah, tadik wife aku bg tahu, permohonan utk apply loan kampeni dah lulus..jadik beban utk bayaq duit umah berkurangan sedikit, boleh save dekat22 rm 250. apa yer nak citer lagi.
Nantilah aku ada idea..aku tulis lagi…