25 September 2011

:: Muzium Taiping 17092011 ::

Muzium taiping masih lagi berada dlm keadaan pengubahsuaian...so lani jgn ler pergi lagi....menurut pak guard kat situ lagi dua bulan siap...
so bulan 12 or ujung bulan 11 okay kot...

nak melawat jugak boleh...cuma bnyk lagi yg depa tak publishedkan...
okay...




























12 September 2011

:: Jalan-Jalan Beraya ::

ada berani
"ubat "bg yg ada sakit2
hik222...semua ubat...pastu mula ler sakit sana sini

terima kasih kepada tuan tanah..edh silap..tuan rumah..pak mus dan mak irah



mlm raya..lepas takbir...

orkid kesayangan kakak aku

bunga kertas kesayanagn aku..hik22



jenuh kelepiaq dgn budak nie..

belakang tu kubota..utk bajak sawah padi..selain tu guna traktor

ada yg tak puas hati tu







yg kecik tu generasi ke3...yg anak miza..sejibik mcm mak dia masa kecik2 dulu

teknik space cop gaban..

awek mana pulak nie



putera bongsu

06 September 2011

:: Aidilfitri 2011 ::

Alkisah Aildilfirti yang lepas : hari Jumaat lepas office jam 430 pm, aku balik dan tunggu ambil anak dari sekolah...anak pon last day on jumaat jugak, dengar kata dlm kelas dia hampir 15 org yg tak hadir...(betui ke tiodak aku tak sure lah pulak), tapi utk abid...jgn ponteng2.

Bertolak dari rumah jam 615 pm , follow elite hway, sampai R&R Dengkil, singgah utk berbuka...

order nasik ayam dan nasik putih lauk sup daging dan telur. Aku ngan wife tak kisah sngt , janji anak2 kenyang, dan tak buat "kelaku" dalam kereta nanti.


Ambil guthrie hway, exit kat rwang, ambil utara selatan hway, kereta tak berapa bnyk, alhamdulillah...sampai Taiping rumah mentua dalam jam 1130 malam...Taiping macam tak ujan ler pulak.. Sabtu 27hb, balik ke Pendang, sbb nak berbuka puasa bersama ayah dan adek beradek dan anak2 menakan, tambahan pulak tahun nie, aku sambut raya di Tepen, so bagi adil n saksama lah...


2 hari aku di Pendang, dari sabtu sampai ler ke Ahad, Di Pendang, meriah, berbuka puasa, penuh rumah sampai 2 hidang(2 korum) hik22...semua anak2 menakan ada. Abg aku yg kelantan tu pun balik sekejap juga sbb tahun nie dia raya di kelantan, so senin bertolak ke kelantan semula katanya... Abg aku yg Terengganu pun ada.. Adek aku yg Polis tu pun ada dia cuti dua minggu, kakak aku ada, but tahun ni dia akan raya di Melaka pulak.. nasib baik ada kak ipaq, Kak CT dan Miza adek aku utk temani ayah aku raya nanti...dan nasib baik jugak kakak aku buat semua persediaan sebelum dia bertolak ke Melaka...so raya nanti tak ler kalut sngt...


On sabtu kami berbuka makan nasik ayam...aku rasa 3 ekor ayam kot depa korbankan...hik22..dah qamai nak buat mcm mana...nasik ayam...fuh sedap giler....

aku pi jugak bazar ramadhan di pekan Pendang, tapi pendang asyik ujan aja..nak buat mcm mana hujan rahmat...

lupa nak bg tahu..on Pagi Ahad, aku pi Pacific Alor Star, carik baju raya anak aku dan wife sekali,aku...yg tahun2 lepas muat lagi, pakai ajalah....janji "ADA TEMA" hik22...


On Ahad kami makan nasik tomato ker nasik beriani tak ingat ler pulak aku....sedap siott...berbuka qamai2 nie...lepas berbuka bertolak semula ke Tepen utk sambut raya di sana..

On senin , tak ada apa sngt yg berlaku, Selasa Raya..Solat Raya kat Masjid Taman Long Jaafar(KG Boyan) jam 9 am start solat...


Lepas solat, balik rumah dulu, makan apa yg patut, agak tengahri, pi Kubur kat Tekah sat, pastu tangkap gambar kat Taiping, gambaq family, pastu menuju terus ke Parit Buntar, rumah mak menakan wife pulak....mlm around jam 10 pm, sampai semula ke rumah...



Raya kedua...plan nak keluar awai ke Selama, Batu kurau, but ada hal sikit, terpaksa tangguh ke jam 11am. Jam 11 ke Batu kurau, Pantai Besaq, ke rumah mak menakan pak mentua aku, tangkap gambar apa yg patut kat sana, dari situ ambil jalan Ijok, Kg Mesti menuju ke Sg. Bayour dan Banggol Jas. Jumpa saudara mara sebelah pak mentua, beraya lebih kurang....makan lebih kurang....pastu balik tepen....on the way balik singgah kat Tesco sat...beli susu anak dan buku...masanielah susu abis....isk..iskkk, mlm tidur awai sbb semua letih....




Raya ke 3..jeng---jeng...aku balik semula ke Pendang, utk beraya bersama keluarga...

kak aku yg raya di Melaka pun ada. Sampai di Pendang...around jam 4pm, sepupu sepapat serbu rumah...terpaksa ler aku jadik tukang melayan dan penyambut tamu...buat ayaq apa yg patut..


lupa nak bg tahu..tahun nie kami buat ketutpat pulut 7 kilo..upah Mak Lang Nah tolong balut sat...kat Kedah..kena makan ketupat pulut..ketupat daun palas tuler...sedappp...cicah pulak dengan rendang ...fuhhhh pastu mengantuk...ha..ha ,aku kalau setakat 10 biji...anytime aja....



Jumaat, aku tak pi mana, ayah aku ajak pi teman dia utk sepupu akunikah, kat Sungai petani..tapi aku malaih...aku nak pi kenduri aja on Sabtu...



Sabtu...tghhari ke Dewan IKM sungai petani, kami pi makan kenduri, lepas tu, aku bertolak balik semula semula ke Tepen...nak rest sat...Lupa nak bg tahu..bertolak semula ke enstek, on ahad pagi..awai2 pagi...sampai enstek, jam 1130 pg...awai kan...alhamdulillah...jalan tak jem...semua is under control.....itulah sedikit catatan utk raya tahun nie...baca citer nie tak best..tapi pengalaman raya nie..best.....macam2 karenah ada....

tq semua yg support...jumpa lagi tahun depan...kalau ada umur....Terima kasih dan selamat hari raya aidilfitri buat ayahanda, kekanda,, mentuaanda, adinda, anakanda, isterianda, ipaqanda, birasanda, segalaanda...


3 hero ..penin kepala den...
bongsu...penin2





psl benda nie ler yg riuh serumah.....psp ler..samsung galaxy ler....punggah


di Pantai Besaq, rumah lama pak mentua den...cuba teka kenapa den tak ada dlm gambaq nie...


Tok Cik Mlah, mak mentua, dan wife

hero dan heroin kg pisang...hik222

01 July 2011

The Lost World of Tambun 25_26 June 2011

Cerita kali ini mengenai pengalaman ke Lost World of Tambun...Kalau tidak join family day nie..toksah duk harapler aku nak mai tempat ini.Kesempatan ini digunakan utk tengok apa yg ada di Lost World ini dan di Ipoh dan Tambun amnya..


Kami bertolak dari rumah jam 1 tengahari , memandangkan anak sulung ada Khemah Ibadat kat sekolah dia..dari jam 8am sehingga jam 11am. Lepas ambil abid, balik rumah, makan dan siapkan semua alatan dan kemas pakaian.Padahal pakaian dah pun disiapkan oleh wife waktu mlm sebelum itu lagi. Kami sampai di Ipoh pada jam 3.30 petang. Biasalah anak 3 orang, so bnyk hentian nak kena berhenti.Lupa nak bagi tahu kali ni menginap di Heritage kat Ipoh tu. Nak ke Ipoh mesti susur keluar kat Exit 138, tol dlm rm 25++ ringgit dari Rawang Selatan.nak ker Heritage Hotel, lepas bayaq tol, jumpa traffic light pastu ambil kanan side. Terus aja sampai nampak Hotel yg tinggi tu. Menginap kat hotel ni pon bukan ada apa pun...mahal...ler..tapi sbb dapat rate rendah , so kami bedalllah..

Jam 4pm lebih mentua(mak dan abah) sampai..depa bertolak dari Tepen, nak ke Ipoh 45 minit aja..


Hotel dapat Deluxe Room, boleh ler mak abah mai lepak sini..sebenarnya, mak abah nak jumpa 3 org cucu2nya ini..bukan main heppi, abid, amal dan muhammad.

Lupa nak bagi tahu, petang sabtu tu, lepas check in, kami ronda arae Tambun, arae family day nak dilangsungkan keesokkan harinya. Lepak kat Giant kat Sunway City. Mlm tak ada apa aktiviti sngt. Anak2 lena awai.
Pagi 26 hb, bfast kat hotel, abah n kami sekeluarga join bfast. pastu terus check out menuju ke Tambun utk Family Day. Family day start jam 8am utk pendaftaran. rasanya seribu orang lebih kakitangan yang hadir...penuh taman tema itu.

1st time masuk taman tema...bab makan jangan pikir, gerai bnyk, siap duit aja..bab mainan jgn susah hati., siap duit jugak...tapi kalau nak permainan yg adventure tak perlu siap duit..sbb segalanya free. Dlm taman tema ada bnyk tempat yg boleh dilawati dan dirasai.. ini linknya

Kami bertolak balik jam 1 tgh hari lebih..solat zohor n asar kat tempat rehat elimina, kat guthrie coridor tu..sampai rumah jam 3.30 rasanya...letih , penat...anyway..anak2 heppi..ibunya yg paling heppi rasanya...ha..ha..


p/s : tengkiu bebaanyak kepada tokey kamera...En harman

20 June 2011

:: Cameron Highland_18 - 19 JUNE 2011 ::

Sekadar catatan pengalaman ke Cameron Highland pada 18 dan 19 hb Jun yang lepas. Family aku sahaja,iaitu seorang isteri dan 3 orang anak-anak. Bertolak dari rumah jam 430 pagi. Solat Subuh jam 6am di R&R Rawang, ada dekat sejam berada disana, yelah, makan dan minum kopi. Anak2 tidur dalam kereta. Kami ke Cameron melalui Simpang Pulai, plan nak naik di Tapah, memandangkan ini pertama kali ke Cameron, so tak nak ambil risiko apa2 ler...org kata jalan melalui Tapah tu bengkang bengkok sikit. Dari rumah aku ke Simpang Pulai ada dekat2 228KM, nak ke Taiping pun baru 317Km, hik2,so kalau nak ke Cameron lagi baik mai dari Taiping aja.
Sampai di Kg Raja ada dekat2 jam 1030 pm kot, dan sampai di KEA FARM jam 1115 am kot. Kami bertolak awal sebab taknak membuang masa, so walaupun checkin jam 2pm, tapi dah puas ronda.



Ini di R&R ,Tapah, sekitar jam 8pagi rasanya, anak-anak semua mandi kat sinilah.Lepas mandi inilah hasilnya..Alhamdulillah anak2 tak meragam.



Ini di KEA FARM, tempat pertama yang kami berhenti kereta. Lama juga kat sini, ini sedikit tips, kalau pergi 2 hari satu malam, kat kea farm nie pon dah boleh beli. tak perlu nak tunggu pasar malam brincang. bukan apa, sbb hari ahad ramai org nanti dan jalan akan jem sikit. takut melepas tak sempat beli apa2. di kea farm,kami beli starberri ler utk makan -makan. dan jagung manis rebus, kuih muih dan sedikit sayuran.Lupa nak bagi tahu jarak antara Brincang dengan Tanah rata tak jauh ler..jadik jgn bimbang. Lagi satu Petrol pam(PETRONAS dan SHELL )ada kat pekan Brincang.


Ini di Cactus Point, selepas melawat dan membeli di Kea Farm. Anak number 1 nak benih jagung manis, so beli ler sikit. Disini bnyk pokok cactus dari yg besaq sampai ler yang kecil. Anak number 2 asyik nak ambil gambar aja...aduss..penin kepala den...berebut kamera dgn ayah dia..

Ini di Healthy Farm, masa ni jam 1 tengahari.Pekena starberri dulu. Anak-anak terpegun jugak tengok pokok starberrri. So apa lagi sini kita orang makan straberri coklat dan aiscream.

ini gambaran dlm apartment. Cukuplah rm85 hinggit. Apartment di Tanah Rata, tak jauh dari Mardi dan Hopsital. Aircond sudah tentu tak ada sebb di Cameron kan sejuk...
Ini di Bharat Tea Plantation. Beli tea kat sinilah. anak sulung nak pi tengok ladang tea pulak...adoii....lenguh kaki. Anak sulung nak ambil pengalaman pegang pokok teh...hik2...macam nie ker ayah pokok teh, tanya abid?

ini di Pasar Malam Brincang. Aku dan Anak sulung aja yg turun kereta, ibu dan 2 anak lagi duduk dlm kereta kerana anak number 2 dan 3 sedang nyeyak lena.

Lupa nak bagi tahu, Di Tanah Rata bnyk kedai makan so jgn ler bimbang. Hari kedua kami breakfast kat kedai di Tanah Rata, tak jauh dari apartment kami menginap.

Lepas bfast kami ker MARDI, so jgn lupa, kalau ke CH pergilah melawat MARDI sbb bnyk gambar boleh disnap disana...kami punya kamera dah sampai ajal..sedih....

kami bertolak balik jam 1 tengahari, sebelum balik singgah lagi di KEA FARM, beli apa yg patut...hik..hikkk

sampai ketemu lagi....